CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Wednesday, April 22, 2009

Kes Cerai Roslin, Radhi OAG dan Ako Mustapha


PETALING JAYA 21 April – Jaguh badminton negara, Roslin Hashim sanggup bersumpah dengan nama Allah SWT yang beliau tidak pernah mengadakan hubungan kelamin dengan Faizah Mohamad sebelum menceraikan isterinya itu pada 11 Februari lalu.

Roslin, 34, dalam keterangannya di Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini, justeru terkejut dengan dakwaan Faizah bahawa pernah berlaku persetubuhan antara mereka.

Menurutnya, beliau menceraikan Faizah, 32, tanpa paksaan sesiapa pada pukul 10.50 malam, 11 Februari lalu kerana tidak ada keserasian.

Ketika ditanya peguam syarie Musa Awang yang mewakili Faizah selaku plaintif, apakah lafaz yang disebut, Roslin berkata: ‘‘Faizah. Saya ceraikan Faizah Haji Mohamad dengan talak satu.’’

Lafaz tersebut disaksikan oleh empat orang iaitu ibu dan bapa Faizah, Datuk Misbun Sidek serta rakannya, Amir Yusof.

Roslin selaku defendan memberikan keterangan di hadapan Hakim Syarie, Jamil Ahmad pada prosiding pengesahan lafaz cerai yang difailkan Faizah pada 20 Februari lalu.

Kata Roslin, beliau berada dalam keadaan sedar serta waras ketika melafazkan talak. Selepas saat itu tambah Roslin, mereka telah tinggal berasingan.

Musa: ‘‘Sebelum kamu melafazkan cerai terhadap plaintif, pernah atau tidak berlaku persetubuhan pada bila-bila masa.’’

Roslin: ‘‘Tidak.’’

Musa: ‘‘Tetapi menurut plaintif ada berlaku persetubuhan.’’

Roslin: ‘‘Saya pun terkejut dengan kenyataan plaintif. Tetapi saya memang tidak pernah bersama dengannya.’’

Musa terus mengasak Roslin dengan soalan sekiranya benar dakwaannya bahawa persetubuhan tidak pernah berlaku sebelum lafaz cerai dibuat, adakah defendan sanggup bersumpah untuk menafikan dakwaan plaintif.

Sejurus Roslin menyuarakan kesanggupan untuk bersumpah, Jamil mengarahkan semua pihak termasuk ahli keluarga terdekat dan juga pihak media meninggalkan bilik perbicaraan kerana isu tersebut menyentuh maruah antara Faizah dan Roslin.

Terdahulunya, Faizah yang mengangkat sumpah sebagai saksi pada pukul 12.05 tengah hari memberitahu, Roslin menceraikannya di rumah ibu bapanya di Taman Puchong Perdana pada pukul 10.50 malam, 11 Februari lalu setelah bernikah pada 31 Januari lalu.

“Lafaz yang sama didengar oleh tujuh orang iaitu ibu dan bapa serta Misbun, Jailani, Rashid, Rahman dan Amir,” kata Faizah.

Faizah mendakwa, sebelum Roslin melafazkan talak, persetubuhan memang pernah berlaku.

Pada malam kejadian, kata Faizah, defendan telah datang bersama wakil untuk menceraikannya.

Pasangan itu melangsungkan perkahwinan pada 30 Januari dan diraikan dalam dua majlis persandingan penuh gilang-gemilang yang dihadiri rakan taulan di Puchong dan Kota Bharu.

Kisah rumah tangga mereka menggemparkan peminat badminton tanah air apabila Roslin mengaku melafazkan cerai terhadap Faizah pada 11 Februari lalu iaitu hanya 12 hari selepas bernikah.

Mahkamah menetapkan 12 Mei ini untuk membuat keputusan berhubung lafaz cerai Roslin. Pada tarikh tersebut, mahkamah juga akan membuat keputusan berhubung isu idah bagi menentukan sama ada idah rajirie (yang boleh dirujuk) atau idah tanpa persetubuhan.

Sementara itu, Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur hari ini membatalkan permohonan injunksi oleh Roslin untuk menghalang Faizah dan abangnya daripada mengeluarkan sebarang kenyataan kepada pihak media.

Hakim Syarie, Mohamad Shakir Abdul Hamid memutuskan demikian setelah dimaklumkan Musa berkenaan status kes pengesahan lafaz cerai pasangan itu yang telah selesai dibicarakan dan sedang menunggu keputusan.


p/s comment aku, pelik la kan nape bini dia ckp dah pernah seks tp roslin hasim kata xde..hm.. yg pelik lg tu bini dia menegakkan yg dia pernah kene sentuh
hehehehehhe

0 comments: