CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Tuesday, April 28, 2009

Linda Jasmine Mengandung


Diam tak diam, kini sudah masuk dua bulan Que mendirikan rumah tangga dengan koreografer Linda Jasmine. Linda dan Que bakal menimang cahaya mata hujung tahun ini selepas Linda disahkan hamil hampir dua bulan.

Menurut Que, dia suka melihat bentuk badan Linda yang menarik ketika isteri’nya itu hamil. Demi kasih sayang’nya kepada Linda, Que sanggup menjaga Linda siang dan malam. Dia rasa menarik pula semasa menjaga isteri’nya itu tambah-tambah lagi pada waktu makan.

Disamping itu juga, Que turut menyatakan bahawa dia berasa gembira, tenang, kehidupan lebih teratur dan perasaan berbunga-bunga apabila telah melalui sendiri alam perkahwinan.

Apa-apapun Oh! Artis mendoakan agar bayi di dalam kandungan Linda akan selamat dan semoga segala proses untuk melahirkan bayi itu ke dunia yang fana ini berjalan dengan lancar. Kepada Que, diharapkan banyak bersabar dan jangan ‘bersenam’ kuat sangat, nanti terganggu bayi dalam kandungan.

0 comments: