CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Tuesday, April 28, 2009

Linda Jasmine Mengandung


Diam tak diam, kini sudah masuk dua bulan Que mendirikan rumah tangga dengan koreografer Linda Jasmine. Linda dan Que bakal menimang cahaya mata hujung tahun ini selepas Linda disahkan hamil hampir dua bulan.

Menurut Que, dia suka melihat bentuk badan Linda yang menarik ketika isteri’nya itu hamil. Demi kasih sayang’nya kepada Linda, Que sanggup menjaga Linda siang dan malam. Dia rasa menarik pula semasa menjaga isteri’nya itu tambah-tambah lagi pada waktu makan.

Disamping itu juga, Que turut menyatakan bahawa dia berasa gembira, tenang, kehidupan lebih teratur dan perasaan berbunga-bunga apabila telah melalui sendiri alam perkahwinan.

Apa-apapun Oh! Artis mendoakan agar bayi di dalam kandungan Linda akan selamat dan semoga segala proses untuk melahirkan bayi itu ke dunia yang fana ini berjalan dengan lancar. Kepada Que, diharapkan banyak bersabar dan jangan ‘bersenam’ kuat sangat, nanti terganggu bayi dalam kandungan.

(Gambar) Foto Terbaru Wardina dan Anak’nya.



Buat Julung nya kami memaparkan gambar keluarga artis bersama anak mereka. Kali ini Oh! Artis ingin menunjuk’kan kepada para pembaca gambar terbaru Wardina bersama anak lelaki’nya.

Telah lama kita tidak dengar cerita tentang Wardina atau nama sebenar’nya Wardina Saffiyah bt Fadhullah yang pernah membintangi sitkom Spanar Jaya.

Berikut adalah foto terbaru beliau bersama anak lelaki’nya, Imran Arrazi.

Paul Moss: Siapa dan Who?



Siapa Paul Moss sebenarnya. Seorang pengkritik yang agak kontroversi di Malaysia Perdana Menteri kita pun ada akaun Twitter ape? [http://twitter.com/NajibRazak]


Paul Moss, siapa yang tidak kenal General Manager Media Prima yang semua pun tahu, mulutnya laser mengalahkan Diva Boleh Blah No 1 Negara, Azwan Ali. Cuma Paul Moss punya laser ni nampak ok sikit sebab dia speaking. Kalau dalam melayu, menangis Azwan Ali dengar! Kahkahkah!

Paul Moss sebelum lebih dikenali sebagai pengkritik tetap di Malaysia Idol dan One in a Million, siapa sangka (buat yang baru tahu) dia sebenarnya adalah gitarist sebuah band dari New Zealand yang dikenali sebagai Aishah and The Fan Club.


Kedatangannya di negara ini dilihat banyak memberi impak kepada artis-artis ber’genre’kan muzik english seperti Too Phat dan Nice Stupid Playground. Sebelum adanya Paul Moss, muzik english di negara ini dilihat bergerak dengan begitu hambar sekali. Sangat hambar malah artis melayu yang mengeluarkan album lagu english boleh dikira dengan jari kaki.

Tidak kurang ramai yang meragui akan kredibiliti Paul Moss menjadi juri dalam pertandingan-pertandingan besar seperti One in a Million. Pada kami, kalau dia bukan calang-calang orang, takkan dia boleh jadi juri masa Asian Idol yang berlangsung Indonesia tahun lepas?

Paul Moss is responsible for artist signing, artistic direction, recording, production and content development at Positive Tone. Paul Moss is also a multi-award-winning music producer, songwriter and arranger. He has produced several gold and platinum releases and Anugerah Industri Malaysia (AIM) winners from OAG, Innuendo and Juliet the Orange. He has also worked with other recording artists such as Too Phat, Ella and Nice Stupid Playground. - Wikipedia.

Apapun kata orang, sebenarnya kehadiran Paul Moss dalam industri muzik belakang tabir negara ini amat dirasai bagi yang tahu menghargai. Seribu tahniah buat Paul Moss! Apa pendangan korang tentang abang Paul Moss kita?

(Gambar) Ana Alisha & Puteri Sarah Liyana Di Malam Muda-Mudi




Semestinya Mantop!!!!!

tp x de la sgt kan but ok la awek2 dani nie mcm keanak2an ckit..so korng layan jer


Monday, April 27, 2009

Keseksian Misai Dato K



huhu ni ke penangan Dato K

huhu ni ke penangan Dato K

Gambar Farah Asyikin di ABPBH


pergh ckit lg..thanks to da owner of the photo

faboulous cat Tanpa Farhana


Bagaikan satu sumpahan, setiap ahli wanita yang menyertai kumpulan The Fabulous Cats pasti tidak akan bertahan lama. Mungkin tiada keserasian atau ahli-ahli lelaki kumpulan ini sering membuli?

Apapun alasannya, ketua kumpulan ini, Cat Farish pernah mengeluarkan kenyataan bahawa semua ahli wanita itu menarik diri kerana ada komitmen lain. Bukan kerana tiada keserasian atau perselisihan faham.

Kali ini, giliran Farhana pula meninggalkan The Fabulous Cats. Kenyataan ini dikeluarkan oleh syarikat rakaman Metadome Sdn. Bhd berkuat kuasa serta-merta.




Walaupun begitu, segala aktiviti promosi, persembahan, sidang media, temubual bersama media cetak dan eletronik bersama The Fabulous Cats tetap berjalan seperti biasa. Setiap persembahan yang akan diadakan nanti hanya akan disertai oleh Cat Farish, Wangi dan Adeep.

Menurut Farhana, tindakannya keluar daripada kumpulan itu adalah untuk menumpukan sepenuh perhatian terhadap bidang yang ingin diceburinya iaitu bidang peragaan, perniagaan, pengacaraan di samping menyanyi.

Cat Farish pula memberitahu yang dia berasa sedih dengan pengunduran Farhana.
“Segala aktiviti yang telah dirancang oleh pihak pengurusan akan berjalan seperti biasa. Ia tidak mematahkan semangat kami, kami akan terus berjuang di dalam industri ini malah kami amat teruja dan tidak sabar untuk menembusi pasaran Indonesia”, ujar Cat apabila diminta mengulas tentang pengunduran Farhana.

Wednesday, April 22, 2009

Kes Cerai Roslin, Radhi OAG dan Ako Mustapha


PETALING JAYA 21 April – Jaguh badminton negara, Roslin Hashim sanggup bersumpah dengan nama Allah SWT yang beliau tidak pernah mengadakan hubungan kelamin dengan Faizah Mohamad sebelum menceraikan isterinya itu pada 11 Februari lalu.

Roslin, 34, dalam keterangannya di Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini, justeru terkejut dengan dakwaan Faizah bahawa pernah berlaku persetubuhan antara mereka.

Menurutnya, beliau menceraikan Faizah, 32, tanpa paksaan sesiapa pada pukul 10.50 malam, 11 Februari lalu kerana tidak ada keserasian.

Ketika ditanya peguam syarie Musa Awang yang mewakili Faizah selaku plaintif, apakah lafaz yang disebut, Roslin berkata: ‘‘Faizah. Saya ceraikan Faizah Haji Mohamad dengan talak satu.’’

Lafaz tersebut disaksikan oleh empat orang iaitu ibu dan bapa Faizah, Datuk Misbun Sidek serta rakannya, Amir Yusof.

Roslin selaku defendan memberikan keterangan di hadapan Hakim Syarie, Jamil Ahmad pada prosiding pengesahan lafaz cerai yang difailkan Faizah pada 20 Februari lalu.

Kata Roslin, beliau berada dalam keadaan sedar serta waras ketika melafazkan talak. Selepas saat itu tambah Roslin, mereka telah tinggal berasingan.

Musa: ‘‘Sebelum kamu melafazkan cerai terhadap plaintif, pernah atau tidak berlaku persetubuhan pada bila-bila masa.’’

Roslin: ‘‘Tidak.’’

Musa: ‘‘Tetapi menurut plaintif ada berlaku persetubuhan.’’

Roslin: ‘‘Saya pun terkejut dengan kenyataan plaintif. Tetapi saya memang tidak pernah bersama dengannya.’’

Musa terus mengasak Roslin dengan soalan sekiranya benar dakwaannya bahawa persetubuhan tidak pernah berlaku sebelum lafaz cerai dibuat, adakah defendan sanggup bersumpah untuk menafikan dakwaan plaintif.

Sejurus Roslin menyuarakan kesanggupan untuk bersumpah, Jamil mengarahkan semua pihak termasuk ahli keluarga terdekat dan juga pihak media meninggalkan bilik perbicaraan kerana isu tersebut menyentuh maruah antara Faizah dan Roslin.

Terdahulunya, Faizah yang mengangkat sumpah sebagai saksi pada pukul 12.05 tengah hari memberitahu, Roslin menceraikannya di rumah ibu bapanya di Taman Puchong Perdana pada pukul 10.50 malam, 11 Februari lalu setelah bernikah pada 31 Januari lalu.

“Lafaz yang sama didengar oleh tujuh orang iaitu ibu dan bapa serta Misbun, Jailani, Rashid, Rahman dan Amir,” kata Faizah.

Faizah mendakwa, sebelum Roslin melafazkan talak, persetubuhan memang pernah berlaku.

Pada malam kejadian, kata Faizah, defendan telah datang bersama wakil untuk menceraikannya.

Pasangan itu melangsungkan perkahwinan pada 30 Januari dan diraikan dalam dua majlis persandingan penuh gilang-gemilang yang dihadiri rakan taulan di Puchong dan Kota Bharu.

Kisah rumah tangga mereka menggemparkan peminat badminton tanah air apabila Roslin mengaku melafazkan cerai terhadap Faizah pada 11 Februari lalu iaitu hanya 12 hari selepas bernikah.

Mahkamah menetapkan 12 Mei ini untuk membuat keputusan berhubung lafaz cerai Roslin. Pada tarikh tersebut, mahkamah juga akan membuat keputusan berhubung isu idah bagi menentukan sama ada idah rajirie (yang boleh dirujuk) atau idah tanpa persetubuhan.

Sementara itu, Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur hari ini membatalkan permohonan injunksi oleh Roslin untuk menghalang Faizah dan abangnya daripada mengeluarkan sebarang kenyataan kepada pihak media.

Hakim Syarie, Mohamad Shakir Abdul Hamid memutuskan demikian setelah dimaklumkan Musa berkenaan status kes pengesahan lafaz cerai pasangan itu yang telah selesai dibicarakan dan sedang menunggu keputusan.


p/s comment aku, pelik la kan nape bini dia ckp dah pernah seks tp roslin hasim kata xde..hm.. yg pelik lg tu bini dia menegakkan yg dia pernah kene sentuh
hehehehehhe

Perasmian Laman Web Melayuwood

Dengan ini Saya merasmikan Laman Web Terpanas
hehehehhehehe